BERMINAT NAK MILIKI WEBSITE SENDIRI SEPERTI INI?

Capture-min
02-min

NAK BELAJAR BINA WEB SENDIRI?

Tahniah! Anda memang sedang berada di tempat yang betul. Anda hanya perlu sediakan content untuk kandungan website anda seperti gambar produk atau servis, kebaikan produk atau servis, ciri-ciri produk atau servis dan maklumat lengkap mengenai produk atau servis anda.


Untuk bahagian teknikal setup website, hanya perlu ikut panduan yang kami telah sediakan dan ubahsuai apabila perlu supaya ianya relevan dengan niche website anda. Malah kami dah sediakan panduan untuk 4 jenis website untuk sesuaikan dengan bisnes dan keperluan anda.

WEB YANG AKAN ANDA PELAJARI

WEBSITE

Belajar bina website dengan pantas. Tutorial step by step dari pendaftaran domain dan hosting, pemilihan theme dan settingnya sehinggalah anda menghasilkan website anda bakal dikongsikan.

BLOG

Anda bakal dibimbing dengan teknik membina blog dari awal. Perkongsian untuk mengumpul list melalui blog, menghasilkan artikel berkualiti dan teknik monetize blog anda juga bakal dikongsikan.

MINISITE/WEB SATU PAGE

Fokus pada satu produk? Kami tunjukkan bagaimana anda boleh setup minisite dan jadikan minisite anda sebagai jurujual anda di online. Juga anda boleh manfaatkan web satu page untuk membina landing page bagi mengumpul database prospek anda.

ECOMMERCE

Dropship atau produk sendiri? Solusi ecommerce ini boleh memenuhi keperluan anda. Solusi yang kami kongsikan adalah alternatif kepada sistem ecommerce berbayar di luar sana. Malah sistem ini juga dilengkapi dengan fungsi shopping cart dan pengiraan kos penghantaran secara auto berdasarkan zon penghantaran.

SIAPA SAYA?

Salam Hormat. Nama saya Ahmad Shahrin Bin Mohamad Anuar. Seorang ayah kepada 4 orang cahaya mata dan seorang suami kepada seorang isteri tercinta. Saya kerja makan gaji dan full time buat bisnes internet.

Saya mula aktif dalam dunia internet marketing sekitar 2013. Tapi main hentam kromo sahaja. Tiada plan dan medium fokus untuk menjual dan berniaga di online.

Alhamdulillah sekarang dah lebih bersistem dan website menjadi medium pilihan sebagai pusat bisnes saya di online.

Pengalaman pertama membayar 4 angka untuk website membuat saya tersiksa. Modal pemasaran tiada, website yang dapat hanyalah sekadar domain, hosting dan rangka.

Sejak itu saya nekad untuk menguasai teknik pembuatan website sendiri. Puas hati. Cara saya cukup mudah, cukup website boleh berfungsi dan memudahkan para pengunjung dan pembeli.

Sekarang saya menggunakan website dan blog sebagai medium untuk kumpul followers, tambah subscriber, berkongsi ilmu dan juga menghasilkan pendapatan sampingan melalui jualan produk. Malah saya juga turut berkongsi sedikit kemahiran melalui sesi personal sharing membina blog dan website yang saya jalankan secara one on one.

Matlamat saya, saya kongsikan sedikit ilmu mengenai website ini kepada orang ramai, supaya lebih ramai dapat manfaat.
Capture1
signature (1)

LAYAKKAH SAYA NAK BERKONGSI ILMU NI?

Terus terang saya bagitahu, saya memang tidak ada kelayakan dalam bidang IT. Saya belajar dan bekerja dalam bidang kejuruteraan awam, Tapi saya mula belajar membina blog & website dari Tahun 2013 lagi kerana minat


Sejak awal 2016 saya mula mengeluarkan panduan video dan ebook berkaitan dengan pembikinan website. Alhamdulillah setakat ini sudah lebih 500 orang menjadikannya sebagai rujukan mereka.


Saya kongsikan pengalaman dan pengetahuan saya dan saya cuba permudahkannya supaya lebih mudah untuk para newbie untuk membina website sendiri tanpa perlu risau tentang terma-terma dan istilah-istilah yang terlalu teknikal.


Saya bukanlah sifu dan pakar dalam bidang website ini. Saya juga tidak pernah mendapat mana-mana pengiktirafan ataupun sijil dari badan-badan professional yang berdaftar. Saya juga bukan web developer proffesional. Tetapi Alhamdulillah adalah sedikit kemahiran asas yang saya inginkongsikan bersama tuan-tuan dan puan-puan.


Layak atau tidak itu biarlah anda sendiri yang tentukan. Namun saya amat berbesar hati jika anda sudi bersama-sama keluarga kecil kami dalam mempelajari cara bina website dan blog ini

MODUL YANG DIKONGSIKAN

1 - TEKNIK WEBSITE PANTAS

Melalui Teknik ini, anda akan dikongsikan satu teknik mudah untuk membina web anda dengan lebih pantas.

Anda akan ditunjukkan dengan pemilihan theme yang sesuai dan berkualiti, setup dan customize theme serta cara nak setup website anda.

Semuanya akan ditunjukkan secara step by step dari langkah pertama iaitu mendaftar domain dan hosting anda sehingga anda berjaya menyiapkan website anda.

2 - MINISITE

Hanya ada satu produk/servis? Fokus lakukan jualan dengan minisite atau web satu page.

Kami tunjukkan pemilihan theme yang sesuai untuk minisite dan cara untuk setup theme tersebut.

Kami juga turut kongsikan asas penulisan surat jualan yang berkesan dan juga cara nak setup borang tempahan.

3 - BLOG

Kami tunjukkan setup dan cara pembinaan blog pertama anda. Anda juga akan ditunjukkan setup lugin yang penting untuk blog seperti plugin untuk kumpul database pembaca dan juga setup lengkap plugin SEO Yoast.

Malah kami juga turut kongsikan cara dan bentuk penulisan artikel yang digemari pembaca.

Dan sudah tentu kami juga akan kongsikan teknik untuk monetize blog anda.

4 - ECOMMERCE

Menjual produk yang banyak variasi? Manfaatkan web ecommrce.

Kami tunjukkan setup lengkap plugin ecommerce ini.

Kami juga turut kongsikan setup sistem untuk auto calculate kos penghantaran produk anda.

Ada lagi, kami turut kongsikan teknik mudah integrasikan cart anda dengan payment gateway seperti senangpay.

5 - ASAS PROMOSI

Mempunyai website bukanlah satu jaminan untuk mendapatkan jualan. Anda perlu membawa trafik ke website anda bagi meningkatkan peluang untuk menghasilkan sales.

Kami kongsikan cara promosi asas pemasaran yang boleh anda gunakan bagi membawa trafik ke website anda seperti pemasaran FB dan juga pemasaran emel.

6. WEBSITE PERFORMANCE

Melalui modul ini, anda akan mempelajari cara untuk menyemak kelajuan dan prestasi website anda.

Dan sudah pasti anda akan ditunjukkn cara untuk memperbaiki prestasi dan kelajuan loading website anda.

MODUL YANG SUDAH ADA DI DALAM KELAS ONLINE BINA WEBSITE KETIKA INI

VIDEO TEKNIK WEBSITE PANTAS (6 VIDEO)

Content bakal ditambah
teknik website pantas gambar-min (1)
VIDEO PANDUAN BINA BLOG WORDPRESS
(8 VIDEO)

panduan blog - fashinista-min (1)
VIDEO PANDUAN BINA MINISITE JUALAN VERSI 1.0
(9 VIDEO)

pmj 1.0-min
VIDEO PANDUAN WEBCOMMERCE KICK START
(16 VIDEO)

web commerce kick start-min
VIDEO PANDUAN FB ADS START UP
(5 VIDEO)

fb ads start up-min
VIDEO PANDUAN MINISITE JUALAN VERSI 2.0
(1 VIDEO)

Content akan ditambah

pmj v2.0-min
SET EBOOK BLOG WARRIOR (3 Ebook)

1234-min-min (1)
SET EBOOK TEKNIK PANTAS BINA WBESITE
(2 Ebook)

teknikpantasebook-min

SOALAN DAN JAWAPAN

Bagaimana Pembelajaran Dijalankan?

Konsep Kelas online back to basic ini ialah self learning. Peserta perlu belajar sendiri melalui bahan-bahan yang disediakan seperti ebook dan video. Jika terdapat soalan, peserta boleh terus bertanya di dalam group. Pihak kami akan menjawab soalan tersebut dalam masa kurang 24 jam. Jika perlu dan relevan, pihak kami akan merakamkan satu video khas atau membina satu mini ebook khas untuk menerangkan jawapan kepada soalan tersebut.

Apakah Medium Kelas ini?

Buat masa ini medium kelas yang digunakan ialah FB group. Tetapi insyaAllah ianya akan diupgrade menjadi membership tidak berapa lama lagi.

Kenapa Perlu Sertai Sekarang?

Anda dapat sertai kelas online back to basic pada harga promo dan once off. Anda juga bakal menerima upgrade percuma ke akaun membership nanti. Selepas akaun membership tersedia, peserta yang baru mendaftar akan dikenakan bayaran bulanan.

Kenapa Murah Sangat? Adakah Ini Scam? Sikit sangat testimoni yang ada

Harga ini adalah promosi sempena pelancaran kelas online bina website ini. Setelah tamat tempoh pelancaran, harga kelas ini akan dinaikkan kepada harga asal dan seterusnya akan menjadi bayaran bulanan apabila kelas online ini dijadikan akaun membership. Dan ini bukan Scam. Testimoni masih sedikit disebabkan kelas online ini baru sahaja dibuka . Ianya akan memakan masa, insyaAllah saya akan updates apabila ianya tersedia.

Siapa Yang Patut Sertai Kelas Ini?

Kelas ini terbuka kepada semua orang yang berminat nak belajar membina website sendiri tetapi tiada masa ke kelas offline. Newbie yang tiada asas dalam pembinaan website, minisite, blog dan ecommerce. Peniaga-peniaga yang ingin mempunyai website perniagaan sendiri.

Tak Tahu IT, Boleh Sertai Juga?

Sudah pasti. Perkongsian kami dibuat dalam langkah yang mudah supaya orang yang tiada asas IT juga boleh membina website sendiri, Tak perlu risau tentang coding dan istilah -istilah teknikal yang memeningkan kepala.

Ada updates?

Ya. InsyaAllah dari masa ke semasa, pihak kami akan cuba updates content yang dapat membantu para peserta (content yang relevan).

Kenapa Buat Kelas Online Bina Website?

Saya sangat minat bereksperimen dan explore website wordpress dan saya juga minat berkongsikannya kepada orang lain yang berminat. Dengan kelas online bina website ini, ianya dapat memberi peluang kepada individu yang nak belajar membina website tapi tak dapat beri komitmen pada kelas offline atas faktor kesibukan masa. Malah saya juga nak mengatasi masalah ramai orang yang dah tak boleh setup website setelah tamat kelas offline. Melalui kelas online ini, anda boleh rujuk pada bila-bila masa yang anda inginkan.

KENAPA PERLU BELAJAR BINA WEBSITE?

  • Memudahkan kerja retargeting FB ads dan google adwords.
  • Memudahkan kerja integrated marketing dijalankan.
  • Mudah untuk prospek dan pelanggan mecari perniagaan kita
  • Menambah kepercayaan pelanggan terhadap jenama anda
  • Memperkenalkan jenama anda
  • Meningkatkan peluang mengumpul database prospek
  • Jimatkan kos start up ( Kalau dah establish dan berkemampuan sila bayar 5 figures pada profesional untuk hasilkan website anda)
  • Memudahkan pengurusan pembayaran dan tempahan pelanggan
  • Mengelakkan diri dari ditipu atau mendapat website substandard jika menempah dari pihak lain

Apa Kata Salah Seorang Peserta Kami

Group online belajar bina website ini sangat membantu, bagi saya memang perlu untuk tuan bantu lebih ramai orang yang ingin buat website seperti saya
Tuan Firdaus Hamzahnuzila.com

Berapa Yuran Komitmen Untuk Menyertai Kelas Ini?

RM 120 Sahaja!

PENAFIAN

  • Kelas online bina website tak menjanjikan anda akan terus hebat dalam membina website anda persis web developer berpengalaman dan profesional. Usaha dan komitmen serta latihan yang berterusan perlu anda ambil untuk meningkatkan kecekapan anda membina website.
  • Dengan membina website atau blog untuk bisnes anda, ianya tidak menjanjikan anda terus dapat membuat jualan dan untung yang besar. Promosi yang berterusan diperlukan untuk menarik prospek datang ke website anda dan seterusnya menghasilkan jualan.
  • Pendapatan dan kecekapan website anda bergantung kepada pakej hosting, theme, plugin content dan produk atau servis yang anda guna dan tawarkan.
  • Tutorial di dalam video dan ebook ini adalah sekadar panduan dan rekomendasi untuk membantu anda membina dan setup website anda melalui pengalaman pemilik. Anda boleh mencuba untuk menggunakan theme, plugin dan setting selain yang ditunjukkan oleh pemilik.
  • Semua tutorial dan panduan yang dikongsikan di dalam koleksi video dan ebook kelas online bina website adalah hak milik Ahmad Shahrin Bin Mohamad Anuar (002587492-H). Anda tidak dibenarkan untuk menyebar, berkongsi atau menjual semula akses ke mana-mana video atau ebook atau akses ke kelas online bina website tanpa kebenaran bertulis dari pemilik.

30 HARI

Jaminan Pulangan Wang

Jika selepas 30 hari anda masih tidak dapat membina salah satu dari website, minisite, blog atau web ecommerce melalui panduan yang kami kongsikan, anda layak untuk minta refund dari pihak kami (*tertakluk pada terma dan syarat)

BELAJAR DI MANA SAHAJA

Belajar di mana sahaja, Anda boleh belajar dari keselesaan rumah anda sahaja

TIADA KEKANGAN MASA

Belajar bila-bila masa yang anda mahu dan mampu. Ikut jadual dan kemampuan anda sendiri

PERLUKAN BANTUAN?

Ada masalah untuk mengisi borang tempahan? Emel kami di sales.wwsc@gmail.com dengan tajuk BANTUAN BACK TO BASIC

HUBUNGI KAMI

Ada soalan? Hubungi kami segera di sini
| © 2017 | Hak Milik Ahmad Shahrin Bin Mohamad Anuar (002587492-H) |